STR Fasa 3 – TARIKH BAYARAN & KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

STR Fasa 3 – TARIKH BAYARAN & KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

STR Fasa 3 – TARIKH BAYARAN & KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN – Untuk pengetahuan anda, bayaran bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan kembali diberikan dalam bulan depan.

Bayaran tersebut akan melibatkan golongan B40 dan M40 dengan bantuan tertinggi RM 800.

STR Fasa 3

STR Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.

Semak sini: Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga – Mohon Segera!

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa3.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

Semak juga: Bantuan Khas KWSP RM480 yang Akan Dikreditkan Untuk Semua Pencarum

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.

Akan tetapi, pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini.

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

– Tiada anak – RM 300
– 1 Hingga 2 – RM 400
– 3 hingga 4 – RM 600
– 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

– Tiada anak – Tiada bayaran
– 1 hingga 2 – RM 150
– 3 hingga 4 – RM 200
– 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas: RM 100 seorang

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Join telegram: portalsemakanmalaysia

Leave a Comment