Status Penerima Bantuan dan Semakan STR Fasa 1
Status Penerima Bantuan dan Semakan STR Fasa 1 – STR adalah bantuan kewangan yang menggantikan Bantuan Tunai Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan kewangan sebelumnya.
STR diberikan kepada golongan B40 yang berkelayakan, yang terdiri dari kategori bujang dan isi rumah berkeluarga.
Kerajaan membawa ke depan konsep ini yang disebut sebagai Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan untuk mengatasi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Status Penerima Bantuan dan Semakan STR Fasa 1
Tarikh Bayaran STR
STR fasa 1 akan dibayar mengikut tarikh berikut:
-17 Januari 2023
Semakan STR boleh dibuat melalui cara berikut:
-Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my (akan dibuka pada 17 Januari 2023).
-Pergi ke bahagian login.
-Masukkan nombor kad pengenalan.
-Masukkan kata laluan.
-Klik log masuk.
Anda boleh menggunakan maklumat login daripada sistem sebelum ini seperti MYBKM, MBSH, MYBPN, MYBTR dan yang lain untuk log masuk ke dalam sistem STR.
BACA JUGA:
-Pengeluaran Khas Wang KWSP Bersasar Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi
-Bantuan RM300 dan RM100 telah dikreditkan ke dalam akaun, Semak akaun bank anda
Jumlah Bayaran
Kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100, manakala isi rumah pula adalah sebanyak RM300.
Penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
STR Fasa 1 melibatkan kategori penerima isi rumah sejumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).
Bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan untuk 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR secara berfasa, mulai 17 Januari ini.
Sekiranya anda adalah seorang penerima yang berkelayakan untuk menerima STR, anda boleh membuat semakan melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my. Anda boleh menggunakan maklumat login dari sistem sebelum ini seperti MYBKM, MBSH, MYBPN, MYBTR dan lain-lain untuk log masuk ke dalam sistem STR.
Selain itu, anda juga boleh menyemak status bayaran STR anda di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023. Pastikan anda membawa kad pengenalan bersama.
Jangan lupa untuk menyemak semula maklumat yang didaftarkan dengan kerajaan untuk memastikan ia betul dan terkini, supaya anda tidak terlepas daripada menerima bayaran STR.
Ingatlah, bantuan ini diberikan untuk membantu golongan B40 yang memerlukan, jadi pastikan anda menggunakannya dengan bijak dan dapat membantu anda untuk mengatasi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat
Status Penerima Bantuan dan Semakan STR Fasa 1