Status MyKid, Cara Semakan
Status MyKid, Cara Semakan. Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak yang belum membuat Mykid, kini permohonan untuk membuat MyKid telah dibuka kepada semua.
Permohonan kad pengenalan MyKid boleh terus dibuat dengan hadir ke mana-mana pejabat pendaftaran Malaysia. Ibu bapa hanya perlu membawa surat beranak anak yang asli dan mengisi borang di pejabat pendaftaran.
Selepas permohonan dibuat, ibu bapa perlu menunggu beberapa hari untuk kad MyKid disiapkan.
Pada tempoh menunggu, ibu bapa boleh buat semakan status MyKid secara online.
Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan status MyKid.
Semakan Status Mykid Online
Caranya adalah dengan melayari : https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Masukkan nombor mykid anak anda dan captcha yang diberikan kemudian klik semak.
Status akan dipaparkan sama ada MyKid anak anda telah siap dan boleh diambil di JPN.
Apakah itu Mykid?
MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak mempunyai cip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” bermaksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
” My ” bermaksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
Kelebihan Mykid
-Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
-Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
-Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
-Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
-Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
-Bentuk cantik dan menarik.
Cara Permohonan MYKID
Bawa bersama surat beranak ke kaunter JPN. MYKID boleh dipohon oleh semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Bawa bersama dokumen berikut semasa membuat permohonan;
-Sijil Kelahiran Malaysia Asal
-Dokumen Pengenalan pemohon (ibu atau bapa)
Tiada bayaran dikenakan bagi membuat MYKID.
Semak JUga: Tutup Akaun ASTRO melalui E-mel / Panggilan Customer Service
Mohon Juga: Pembayaran RM600 & Semakan Status Fasa 3
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.