TERKINI: SOP Pembukaan Sekolah Bermula Bulan 3 Oktober Mengikut Fasa

SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin telah mengadakan satu sidang media khas, pada jam 3 petang, 12 September 2021. Sidang media berkenaan adalah khusus mengenai pengoperasian sekolah.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Negeri dan Fasanya:

FASA 1: Kedah dan Johor

FASA 2: Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah

FASA 3: Perlis, Negeri Sembilan dan Sarawak

FASA 4: WP Labuan

Pengoperasian institusi mengikut Fasa PPN:

FASA 1

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja

FASA 2

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
  • Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah

FASA 3

  • Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko

FASA 4

  • Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

SOP TERKINI SEKOLAH (UPDATED)

  1. Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
  2. Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  3. Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  4. Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
  5. Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
  6. Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
  7. Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
  8. Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila lihat Pengoperasian Sekolah dengan lebih lanjut di sini. 

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment