SOP am terbaharu oleh MKN, 181 SOP dikurangkan kepada 1 SOP sahaja

Pengurangan 181 SOP kepada 1 SOP am akan diumumkan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membentangkan kertas cadangan mengenai satu prosedur operasi standard (SOP) am dan sembilan garis panduan berkaitan COVID-19 kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perincian SOP dan garis panduan yang telah dirangka itu akan diumumkan kelak sebaik selesai dibawa untuk perbincangan dan dipersetujui jawatankuasa terbabit.
  • “Dalam peralihan dari fasa pendemik ke fasa endemik, kerajaan fokus kepada satu SOP am yang boleh berkuat kuasa menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berkaitan langkah-langkah tetap untuk mengawal penularan seperti pemakaian pelitup muka, panduan pengudaraan, daftar MySejahtera, syarat lengkap vaksin dan lain-lain.
  • Pada awal Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan menetapkan 181 SOP.
  • Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kelonggaran yang bakal diumumkan itu tidak seharusnya menjejaskan perancangan utama negara dalam peralihan ke fasa endemik.
  • “Saya harap dalam melihat ke hadapan, semua faham kelonggaran ini bersyarat dengan orang ramai mengamalkan TRIIS iaitu test, report, isolate, inform dan seek,” ujarnya.
  • Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan kesiapsiagaan operasi risikan di Malaysia untuk dipertingkatkan bagi mengadaptasi senario yang berlaku ketika ini, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa giat mempertingkatkan aset-aset dalam konteks siber sekuriti.

Sumber: AwaniNews

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment