Solat Dhuha : Panduan Dan 3 Kelebihannya

 

solat dhuha

Solat Dhuha merupakan solat sunat dua rakaat beserta satu salam.

Ianya dilakukan kebiasaanya setelah terbit matahari. Selain itu, ada juga yang mengamalkan sehingga 12 rakaat dan memperoleh pelbagai manfaat dan rezeki yang melimpah ruah.

Saya akan kongsikan kepada anda semua doa yang sering dibaca setelah solat Dhuha iaitu Doa Dhuha. Bagi memudahkan para muslim menghafal doa ini, saya sertakan doa dhuha dalam jawi dan maksudnya dibawah.

اللَّهُمَّ إنَّ الضُّحَى ضَحَاؤُك وَالْبَهَا بَهَاؤُك وَالْجَمَالُ جَمَالُك وَالْقُوَّةُ قُوَّتُك وَالْقُدْرَةُ قُدْرَتُك وَالْعِصْمَةُ عِصْمَتُك اللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الْأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبِهَائِك وَجَمَالِك وَقُوَّتِك وَقُدْرَتِك آتِنِي مَا آتَيْت عِبَادَك الصَّالِحِينَ

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

baca jugahttps://myinfokerja.com/tarikh-ramadhan/

Terdapat tiga kebaikan sekiranya kita mengamalkan solat Dhuha ini setiap hari antaranya adalah ianya merupakan solat sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Selain itu, sesiapa yang mengamalkan solat sunat dhuha akan dimurahkan rezeki dan dapat mengelakkan kemiskinan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”.

Kelebihan yang ketiga adalah sesiapa yang melakukan solat Dhuha ini diibaratkan dapat menggantikan “Sedekah”. Maka, sesiapa yang tidak mampu bersedekah dengan wang ringgit, lakukan solat dhuha sekerapnya.

Leave a Comment