Skim Perubatan MADANI Percuma Untuk Golongan B40
Skim Perubatan MADANI Percuma Untuk Golongan B40. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
Demam dan selsema
Cirit-birit dan muntah
Terseliuh
Sakit kepala
Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Kelayakan adalah secara automatik bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, anda boleh layari laman web rasmi: – https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
Terkini : Mohd Rafizi Ramli (tengah) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Terkini, CEO KWSP Umum Berita Gembira. Akhirnya Desakan Pencarum Selama Ini Tercapai !!!
Skim Perubatan MADANI Percuma Untuk Golongan B40
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.