Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian
Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa kepada individu atau koperasi di dalam Wilayah KEJORA yang memenuhi syarat dan sedang menjalankan aktiviti pertanian untuk memohon Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP).
SPEP merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian
Objektif pelaksanaan SPEP adalah sepertimana berikut:
-Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
-Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
-Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 Februari 2023
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i) Individu/Persendirian
Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan, atau industri asas tani).
Pemohon mestilah berusia diantara 18 tahun ke atas.
Pemohon telah melaburkan modal sekurang-kurangnya RM5,000.00 dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
Pemohon mestilah berstatus Bumiputera.
Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM20,000.00 tertakluk kepada kelulusan;
Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek.
ii) Koperasi
Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani).
Penubuhan koperasi mestilah berusia 2 tahun ke atas pada tahun permohonan.
Pemohon telah melabur modal sekurang-kurangnya RM10,000.00 dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
Pemohon mestilah berstatus Bumiputera.
BACA JUGA: Semakan Status MyKid, Tarikh pengambilan
Syarat Lain
Selain itu, syarat lain yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Memiliki tapak projek.
Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA.
Memiliki akaun persendirian atau akaun projek.
Memiliki sijil kursus dan latihan pertanian.
Mengemukakan kertas cadangan perniagaan;
Penduduk wilayah KEJORA.
Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/penghulu/Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan dan Profesional Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan di bawah:
https://forms.gle/M1qSZ1rfCix9bcL26 (Borang Individu)
https://forms.gle/5bCjK9Hsm6CE5fC7A (Borang Kelompok)
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SPEP, sila hubungi Cik Najwa di talian 07-8843159.