Skim Peduli Kesihatan bagi B40 (Penerima BPR percuma check/rawatan kesihatan) ~ PEKA B40

Apa itu PEKA B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

Faedah yang diperolehi

  • Saringan kesihatan di klinik swasta atau kerajaan
  • Bantuan alat perubatan bernilai sehingga RM20,000
  • Insentif melengkapkan rawatan kanser bernilai RM1,000
  • Insentig tambang pengangkutan sehingga RM1,000

Syarat kelayakan

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

Cara mendaftar bantuan suri rumah

  • Langkah 1 : Semak kelayakan dengan memasukkan No. K/P di sini.
  • Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  • Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Kadar dan kaedah pembayaran

  1. Lawatan Pertama : Bayaran terus ke Klinik – RM 40
  2. Lawatan Kedua : Bayaran terus ke Klinik – RM 20
  3. Berdasarkan jadual yang berkuatkuasa:
  4. Jadual Ketujuh dalam Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 – Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
    Proses pembayaran akan dilakukan dua kali setiap bulan.

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang skim peduli kesihatan B40 ini, anda boleh rujuk portal rasmi PEKA B40.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment