Skim Khairat Kematian BKM, RM1000 Tarikh Bayaran & Cara Mohon

Skim Khairat Kematian BKM

Khairat kematian BKM adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut:

Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Skim Khairat Kematian BKM

Syarat Kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan?

Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.

Hubungan wakil yang layak adalah

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak
  5. Anak Kandung
  6. Anak Tiri
  7. Anak Angkat
  8. Adik-Beradik

Tarikh Tuntutan

Mulai 15 April 2022

Dokumen Yang Diperlukan

Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
Kad Pengenalan asal wakil; dan
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Kaedah Tuntutan

Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Maklumat Lanjut Skim Khairat Kematian BKM

Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Skim Khairat Kematian BKM, RM1000 Tarikh Bayaran & Cara Mohon ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment