Skim Bantuan Belia Jaya Usahawan, RM2000 – RM5000
Skim Bantuan Belia Jaya Usahawan, RM2000 – RM5000. Program Skim Usahawan Belia Jaya (SYABAS) merupakan program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu pembangunan ekonomi dan memperkasakan potensi belia Sabah.
Program ini merupakan inisiatif Ketua Menteri Sabah untuk membantu belia Sabah memajukan perniagaan sedia ada atau memulakan perniagaan baharu.
SYABAS juga merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan niaga pintar kepada usahawan belia Sabah.
Objektif Program Skim Jaya Usahawan Belia
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk :
– Membantu usahawan belia yang mempunyai produk untuk memajukan lagi operasi perniagaan.
– Membantu belia memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.
– Membantu membina usahawan belia perniagaan eksport/import untuk mengekalkan perniagaan belia.
Sasaran Program
Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu. Skim Bantuan Belia Kategori Permohonan.
– Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.
– Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.
– Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
Syarat Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:
– Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
– Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
– Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
– Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Cara Mohon Skim Bantuan Belia Usahawan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
– Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
– Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
– Isi maklumat yang diperlukan.
– Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
– Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
– Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
– Muat naik dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
i) Start-up Fund
– Penyata akaun bank
– Lesen perniagaan
– Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
– Salinan IC
ii) Young Developing Creative Business Fund
– Lesen perniagaan
– 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
– Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
– Salinan IC
– Penyata akaun bank
Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/.
Semak sini: Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan
Baca juga: Baru Tahu Kenapa Ramai Gagal BKM 2022