Sistem MyJPJ tergendala, trafik terlalu tinggi

Sistem MyJPJ tergendala, trafik terlalu tinggi

Sistem MyJPJ tergendala, trafik terlalu tinggi – Aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ dilaporkan tergendala sejak semalam disebabkan mengalami jumlah trafik yang tinggi susulan daripada pengumuman dibuat oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ini terjadi disebabkan orang awam secara serentak mendaftar untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk menyemak salinan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) atau ‘roadtax’ digital.

Kemasukan jumlah pengguna yang banyak secara mengejut menyebabkan aplikasi itu tergendala, memandangkan ia masih berada di dalam fasa percubaan iaitu dari Februari hingga Mac.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menyatakan bahawa ia terjadi disebabkan trafik tinggi sehingga terdapat orang awam tidak dapat log masuk ke dalam aplikasi tersebut.

Sistem MyJPJ tergendala, trafik terlalu tinggi

Sistem MyJPJ tergendala, trafik terlalu tinggi

Semak Juga: KWSP Sebelum Aidilfitri Pengeluaran Khas sehingga RM30,000 

Join Telegram kami: https://t.me/portalsemakanmalaysia

“Seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, orang awam tidak perlu lagi memaparkan roadtax itu pada kenderaan sebaliknya rakyat boleh menggunakan mod paparan digital melalui peranti mereka untuk ditunjukkan kepada pihak penguatkuasa.

Malah turut dikatakan inisiatif digitalisasi oleh JPJ itu juga membawa kepada penjimatan sebanyak RM96 juta setahun sekali gus mengelak kesesakan panjang di kaunter.

Anthony turut berkata, bahawa orang awam tidak perlu bimbang dengan inisiatif ini kerana ia merupakan usaha MOT untuk memberi pilihan kepada pengguna dan ia bukan perkara diwajibkan.

“Tidak wajib Ia (paparan digital) adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

“Pemandu juga tidak akan disaman sekiranya gagal menunjukkan roadtax digital. Pihak penguat kuasa boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu melalui sistem dalam gadget mereka,” katanya. – UTUSAN

Leave a Comment