TERKINI: Sindiket sijil vaksin palsu akan dikenakan tindakan undang-undang

Pemalsuan sijil vaksin dalam siasatan polis

Sindiket sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan adalah satu penghinaan kepada usaha gigih petugas barisan hadapan serta sukarelawan vaksin untuk memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksinasi lengkap.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

  • Satu hantaran di Telegram yang didakwa menawarkan pembelian tiga jenis sijil vaksin palsu tular dalam media sosial dimana ia melibatkan pembelian termasuk sijil yang mempunyai kod QR yang boleh diimbas melalui aplikasi MySejahtera dengan harga berbeza.

sijil alsu

  • Difahamkan, orang ramai yang berminat boleh memilih mendapatkan sijil vaksin berharga RM1,500 melalui aplikasi MySejahtera yang menggunakan akaun sendiri dan lengkap dengan kod QR boleh diimbas.
  • Kumpulan Telegram itu yang mempunyai 280 ahli aktif itu juga dikesan pernah menjual Ivermectin, sejenis ubat anti parasit yang dikatakan boleh merawat COVID-19.
  • Sementara itu, seramai 10 individu telah dihadap ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil digital vaksin, setakat ini.
    Daripada jumlah tersebut, seorang individu di Sarawak didapati bersalah atas pertuduhan tersebut, kata timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
  • Orang ramai ditegah untuk mengikuti sindiket pemalsuan vaksin ini kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang serta merupakan satu perkara yang tidak bertanggungjawab.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment