Cara Dapatkan Salinan Sijil SPM Hilang Atau Rosak

Sijil SPM

Sekiranya anda hilang Sijil SPM kami boleh bagi panduan untuk mengantikan semula. Langkah ini melibatkan cara mendapatkan salinan dan terjemahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Perkhidmatan ini telah dibuka atas talian sejak 1 Februari 2021.

Permohonan kerja kosong antara penyebab mengapa kita memerlukan dokumen pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia , SPM. Terutama sekali memohon jawatan kerajaan. Amatlah penting untuk memastikan kita masih menyimpan dokumen asal tersebut dan bukannya slip.

Lihat Juga Jawatan Kosong MADA Mohon Sebelum Tarikh Tutup Mei 2022

Cara Mohon Salinan Sijil SPM Keputusan & Terjemahan

  • Lawat laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  • Klik ‘bahagian Perkhidmatan’
  • Pilih Salinan Keputusan.
  • Pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE,
  • PMR, SRP dan LCE.
  • Kemudian isi No. Kad Pengenalan anda.
  • klik Papar Borang Permohonan.
  • Isi semua maklumat dan ;
  • klik MOHON.

Selepas membuat permohonan, semak status permohonan anda di laman utama.

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.

Sijil SPM

Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil SPM Keputusan & Terjemahan

  1. SPM pada atau selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
  2. SPM pada atau sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari masa bekerja.
  3. PMR pada atau selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
  4. PMR pada atau sebelum tahun 1997 – tujuh (7) hari masa bekerja.

Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari masa bekerja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dalam membuat permohonan, terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Cara Dapatkan Salinan Sijil SPM Hilang Atau Rosak ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment