Siap tuding jari marah pelanggan? netizen tegur staf jaga kaunter harap dapat kawal emosi

Siap tuding jari marah pelanggan? netizen tegur staf jaga kaunter harap dapat kawal emosi

Memang tak dinafikan, bahawa petugas yang ditempatkan menjaga kaunter pertanyaan sememangnya mencabar.

Mana tidaknya, mereka perlu berdepan dengan ratusan pelanggan dengan bermacam ragam yang datang dengan pelbagai perangai berbeza hampir setiap hari tahu tak!

Video staf mengamuk di kaunter tular

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna staf boleh bertindak sesuka hati seperti mengamuk atau memarahi pelanggan seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Menerusi video yang dimuat naik @mynewshub, memaparkan detik kekecohan yang berlaku di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membabitkan seorang stafnya dengan pelanggan.

Pertelingkahan berjaya dileraikan

Gara-gara gagal mengawal emosinya, staf lelaki itu lantas bangun dan meminta pelanggan duduk dengan nada suaranya yang agak tinggi.

Malah, konflik makin memuncak selepas staf berkenaan keluar dari ruangnya dan menghampiri lelaki berbangsa Cina itu, mujur berjaya dihalang oleh seorang wanita di situ.

Meskipun puncaa kejadian masih belum dikenal pasti, namun warganet menitip pesan secara terbuka, terutamanya kepada kakitangan yang bertugas di bahagian kaunter hadapan agar lebih mengawal emosi.

LIHAT REAKSI  NATIZEN

Jangan terlalu emosi

Jaga kaunter memang mencabar

Benda boleh selesai cara baik

Menurut mereka, walau sesukar apapun situasi ketika itu, sepatutnya mereka perlu lebih bertenang agar situasi kekal terkawal selain akui bahawa bertugas di bahagian itu sememangnya sangat mencabar emosi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: KL Viral 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja

 

 

 

 

Leave a Comment