Shuib Bawa Anak-Anak Ziarah Kubur Siti Sarah Hujung Minggu”Ayash Mata Dia Tutup Tapi Menangis”, Anak Mungkin Mimpi Ibunya
Selepas dua tahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, penyampai radio Suria FM memberitahu anak-anaknya semakin faham dengan situasi ketiadaan ibu mereka di sisi.
Sebaliknya kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, kehadiran isterinya iaitu Watie Hanafiah menambah seri keluarga malah empat anaknya cukup rapat dengan ibu tiri mereka tersebut.
Malah kata Shuib, adakalanya dia berasa terpinggir kerana anak-anaknya lebih akrab dengan Watie berbanding dirinya.
“Apa lebih penting melihat perkembangan anak-anak sangat p0sitif… Paling penting adalah mereka punya kesihatan mental.
“Mereka seronok dengan Mummy baru (Watie) sampai kadang-kadang saya rasa terpinggir sebab mereka rapat sangat dengan dia.
“Saya sampai terfikir macam mana Watie boleh sehebat itu (mengambil hati anak-anak),” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Shuib turut berkongsi kisah anak bongsunya iaitu Ayash Affan mengalirkan air mata ketika sedang tidur pada ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
“Pada 9 Ogos Ayash mata dia tutup tapi dia menangis.
“Pembantu ada beritahu saya dan kami andaikan mungkin dia mimpi ibunya,” ujarnya.
Sumber:mstar