Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026
Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026 – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan sesi persekolahan akan disambung pada Januari mulai 2026.
Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan usaha dengan merancang mengawal kelendar akademik bagi sesi 2024/2025 bermula Februari 2025.
“Kalendar persekolahan dirancang bermula Januari 2026,” katanya semasa soalan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026
Semak Juga: Rumah Sewa PPR : Permohonan Serendah RM124 Sebulan
Mohon Juga: Cuti Umum dan Cuti Sekolah Kalendar 2023
Beliau berkata demikian menjawab soalan Aminhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanyakan apakah langkah kementerian bagi memastikan keledar persekolahan diikuti semua pihak dan tahun mana persekolahan boleh bermula awal Januari ini.
Fadhlina berkata, beliau berharap dengan pengumuman ini aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak terlibat.
“Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti guru seperti yang telah kita umumkan dalam 10 inisiatif sempena hari guru boleh diatur berdasarkan kalendar akademik sekolah yang akan diwartakan.
“Dengan pengumuman ini, KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diutamakan demi mencapai hasrat Pelajar Bahagia, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera,” katanya.
Join Telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/ffnlhRhfCollection
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026