‘Separa Koma, Lumpuh Lepas Kemalangan.’ Sedih Dari Mengandung Hingga Beranak Suami Masih Terlantar

‘Separa Koma, Lumpuh Lepas Kemalangan.’ Sedih Dari Mengandung Hingga Beranak Suami Masih Terlantar

‘Separa koma, lumpuh lepas kemalangan.’ Sedih dari mengandung hingga beranak suami masih terlantar sehingga pasangan ini tidak merasai nikmatnya menyambut zuriat pertama.

Sebagai isteri, tentu saja wanita ini sepertimana orang lain inginkan suami sentiasa di sisi sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Namun takdir Allah mengatasi segalanya.

Separa Koma

Wanita muda ini tidak sempat berkongsi berita kehamilan dengan suaminya apabila insan tercinta itu ditimpa kecelakaan ketika bekerja yang menyebabkannya separa koma dan lumpuh.

Kini, bayi dikandung Siti Nor Shafika Salmizi, 21, sudah selamat dilahirkan dan berusia 47 hari, tetapi keadaan Mohamad Rosdi Shafei, 27 masih sama, bahkan mereka terlepas peluang merai kegembiraan menyambut zuriat pertama.

Lumpuh Lepas Kemalangan

Mohamad Rosdi jatuh bangunan berketinggian 12 meter pada Jun tahun lalu, ketika menjalankan kerja membaiki bumbung sebuah kilang di Pengkalan Chepa di sini.

Menurut Siti Nor Shafika, suaminya dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana parah pada anggota badan dan bahagian otak.

Sedih Dari Mengandung

“Ketika menguruskannya, saya tidak sedar saya sudah hamil sebulan, memandangkan sebelum ini dua kali saya gugur, jadi saya tidak begitu ambil berat.

“Apabila usia kandungan cecah tiga bulan, kegembiraan itu sukar untuk saya nikmati seperti pasangan lain kerana suami terlantar lumpuh dan separa sedar.

“Begitupun saya tetap mengurus suami tanpa lelah hingga hari nak beranak, tugas itu saya serahkan kepada mentua kerana saya pula berpantang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Pukol, Kota Bahru, Kelantan.

Hingga Beranak

Siti Nor Shafika berkata, tanggungjawab menjaga suaminya diambil alih selepas dia selesai berpantang dan dia juga sentiasa meletakkan anak dinamakan Mohammad Raihan di sisi Mohamad Rosdi dengan harapan lelaki itu memberi reaksi.

“Adakalanya dia kedipkan mata seolah beri reaksi positif,” katanya yang memberitahu keluarganya hilang punca pendapatan utama selepas suaminya hilang upaya kekal.

Suami Masih Terlantar

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi dan rombongan Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan diketuai Pengarahnya, Nora Yaacob.

Nora berkata, pihaknya menyerahkan bayaran pertama Faedah Hilang Upaya Kekal kepada waris mangsa berjumlah RM56,176.10 dan jumlah seterusnya akan dibayar secara bulanan sebanyak RM1,194.50.

Katanya, Mohamad Rosdi yang bekerja sebagai pembantu am di syarikat kontraktor turut layak menerima Elauan Layanan Sentiasa yang akan dibayar kepada penjaga.

My Info Kerja: Semoga Siti Nor Shafika terus kuat dan sabar menjaga suami dan anaknya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mingguan Wanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja

Leave a Comment