SENARAI MEREKA YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN I-SAYANG KWSP
SENARAI MEREKA YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN I-SAYANG KWSP – Untuk makluman, i-Sayang pada asasnya adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2 peratus caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Permohonan insiatif ini adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai i-Sayang. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –
SENARAI MEREKA YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN I-SAYANG KWSP
Syarat-syarat Kelayakan
Suami (Pemberi)
– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
– Ahli KWSP;
– Belum mencapai umur 75 tahun;
– Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
Isteri (Penerima)
Warganegara Malaysia;
Ahli KWSP;
Belum mencapai umur 75 tahun;
Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
SENARAI MEREKA YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN I-SAYANG KWSP
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di i-Akaun (Ahli) KWSP atau di mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan telah diterima permohonannya, pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
Maklumat lengkap berkenaan inisiatif ini, boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Temu Duga Terbuka di Pos Aviation Sdn Bhd – 22 & 23 Julai 2023
Pencarum boleh pinjam KWSP bank 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. SENARAI MEREKA YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN I-SAYANG KWSP