Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan – Skim KWSP adalah potongan beberapa persen dari hasil gaji kita untuk penyimpanan di hari tua nanti.

Terkadang, sesetengah dari kita akan membeli rumah baru atau membesarkan rumah mereka untuk anak cucu pulang beraya nanti dengan hasil dari wang KWSP yang mereka dapati dari sejumlah wang yang agak besar dan lumayan untuk dinikmati. – (Jenis Pengeluaran KWSP)

Ada juga yang teringin pergi menunaikan umrah bersama pasangan mereka di hari tua ini bersama-sama. Disebabkan sebelum ini mereka tiada kesempatan untuk mengisi masa lapang serta mengunjungi rumah Allah itu bersama-sama.

Tapi, adakah anda tahu yang KWSP dapat dikeluarkan sebelum umur anda genap 50 tahun ke atas? Terdapat lebih 10 jenis pengeluaran KWSP tau. Anda boleh baca dibawah ini.

Apa jenis pengeluaran KWSP yang dibernarkan ? Selalunya kita mesti tak sabar menanti usia kita genap 50 tahun atau 55 tahun ke atas kan? sebab kita tahu yang kita boleh keluarkan duit KWSP yang telah dipotong oleh majikan kita dari sejak awal kita mula berkerja dulu.

Baca sini: Pengeluaran KWSP RM10000

Baca Juga: Kadar Bayaran Bantuan Bajet 2023

Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

1. PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

Syarat Kelayakan;

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

-Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun

-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

2. PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN KWSP

Jenis Pengeluaran KWSP kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.

Syarat Kelayakan:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

-Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun

-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.

3. PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN KWSP (AKAUN EMAS)

Jenis Pengeluaran KWSP Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.

Syarat Kelayakan:

-Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

-Mencapai umur 60 Tahun

-Mempunyai simpanan KWSP

4. PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

-Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

5. PENGELUARAN HILANG UPAYA

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;

-Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

-Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN

-Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

6. PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

-Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
lain ATAU

-Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

Kelayakan Memohon:

-Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
Malaysia; ATAU

-Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal; DAN

-Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

7. PENGELUARAN PENDIDIKAN

-Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

-Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.

-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

8. PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN DAN PENGELUARAN PESARA PILIHAN

-Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:

-Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja

-Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:

-Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

-Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPAPekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

-Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

9. SKIM PELABURAN AHLI

-Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

-Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

-IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

-Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.

-Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

10. PENGELUARAN MEMBINA / MEMBELI RUMAH

Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

-Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

-Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

11. PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI RM1 JUTA

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.

-Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

-Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

12. PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Kelayakan Memohon:

-Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN

-Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2

Ahli yang layak memohon adalah:

Warganegara Malaysia; ATAU Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

13. PENGELUARAN KEMATIAN

Jenis Pengeluaran KWSP penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

14. PENGELUARAN KESIHATAN

Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Memohon:

-Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

-Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

15. PENGELUARAN HAJI

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

-Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

16. PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL

Jenis Pengeluaran KWSP Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

17. PENGELUARAN PERUMAHAN PR1MA

Membantu Ahli Jenis Pengeluaran KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.

Maklumat Lanjut: PENGELUARAN KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. (Jenis Pengeluaran KWSP)

Leave a Comment