Senarai Bantuan Bulan Jun 2023
Senarai Bantuan Bulan Jun 2023 – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan-bantuan bulanan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berikut senarai yang akan dibayar mulai 01 Jun hingga 10 Jun:
Bantuan Am Persekutuan/Negeri
Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak minima RM100 dan maksimum RM350 sebulan yang diberikan kepada penduduk Wilayah Persekutuan yang layak.
Jumlah Bantuan Am Negeri pula berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Bantuan Warga Emas
Bagi warga emas yang menepati syarat-syarat kelayakan JKM, mereka layak menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.
Bantuan Anak Pelihara
Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Kadarnya pula adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Senarai Bantuan Bulan Jun 2023
Bantuan Kanak-Kanak
Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan bulanan sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan.
Tujuan utama bantuan adalah membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
Bantuan ini diberikan bagi menggalakkan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadarnya pula adalah sebanyak RM450 sebulan seorang.
Tarikh Pembayaran
Bagi pembayaran bantuan-bantuan ini, ia akan dikreditkan ke akaun penerima (yang diluluskan permohonnya) pada tarikh antara 1 hingga 10 setiap bulan.
Bagi syarat-syarat kelayakan setiap bantuan bulanan ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi JKM. Manakala, permohonan pula boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Untuk membaca dengan lebih lengkap berkenaan bantuan ini, anda boleh rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Senarai Bantuan Bulan Jun 2023
Semak Juga: KWSP 2023 Mengikut Syarat Permohonan e-Pengeluaran dibenarkan
Mohon Juga: Tutup Akaun ASTRO melalui E-mel / Panggilan Customer Service
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Senarai Bantuan Bulan Jun 2023