SENARAI BANTUAN-BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2023
SENARAI BANTUAN-BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2023. Ini termasuk pelbagai jenis bantuan kerajaan yang ditawarkan kepada mereka yang layak Ogos ini.
Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan-bantuan yang terlibat yang anda akan dapat dan boleh mohon :
SENARAI BANTUAN-BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2023
Bantuan Bulanan JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bulanan kepada mereka yang layak khususnya golongan B40.
Antaranya, bantuan termasuk bantuan untuk warga emas, bantuan am persekutuan, bantuan kanak-kanak, dan bantuan untuk anak angkat.
Program Bantuan Kebajikan merangkumi pelbagai kategori bantuan yang ditawarkan seperti berikut:
BACA JUGA:
INFO:Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9
Bantuan Khas RM300 Disalurkan Pada Minggu Hadapan – Semak Disini
Bantuan Kanak-kanak: sehingga RM1,000 sebulan
Bantuan warga emas: RM500 sebulan
Elaun anak angkat: RM250-RM500 sebulan
Bantuan Am Persekutuan: RM100 – RM350 sebulan
Bantuan Am Negeri: Kadar bantuan ditentukan oleh Negeri
Geran Latihan Perantis: RM200 sebulan
Nota: Bantuan JKM boleh dipohon oleh mereka yang memerlukan mengikut kategori kelayakan. Rakan-rakan yang ingin memohon, sila semak panduan permohonan lengkap di laman web rasmi JKM eBantuan – DI SINI
Bantuan bulanan ini akan dikreditkan ke akaun penerima antara 1 dan 10 setiap bulan.
Borang Permohonan sila download DI SINI
Bantuan Bil Air Percuma
Melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE), penduduk Selangor yang layak boleh menerima 20 meter padu air percuma. Permohonan bantuan itu dibuka sepanjang tahun dan akan dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2024.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) atau melalui kaunter perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.
Bantuan Tambahan STR RM600 (SARA)
Bagi penerima sedia ada sumbangan wang tunai Rahmah, kerajaan juga telah memperkenalkan Bantuan Tambahan STR SARA, yang ditawarkan dalam 6 fasa.
Bantuan fasa 2 SARA akan dikeluarkan pada Ogos 2023. Ia akan dilaksanakan di Bantuan Bakul Rahmah dengan barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, tepung beras dan telur atau baucar hadiah bernilai RM100 sebulan. SENARAI BANTUAN-BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2023