Sempat Gayakan Baju Malaysia Kali Terakhir, Pelajar 7 Tahun Meninggal Dada Tertusuk Kaca
Pemergian seorang kanak-kanak, Muhammad Arif Fayyadh semalam akibat tertusuk serpihan kaca selepas melompat sebelum terjatuh di atas meja berkenaan cukup menyayat hati.
Sempat gayakan baju Malaysia kali terakhir, pelajar 7 tahun meninggal dada tertusuk kaca. Saat ajal sudah tertulis, takkan pernah tercepat mahupun terlewat barang seminit kerana itu janji Allah buat setiap makhluk ciptaanNya. Cara kematian adalah asbab ajal dan bagaimana ia berlaku, ianya adalah rahsia.
Berusia 7 tahun, dikatakan adik Arif Fayyadh meninggal selepas dadanya tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting petang semalam.
Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.
“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangs4 melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meningg4l dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kem4tian mangsa. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam pada itu, sempena penutupan bulan kebanggaan, arwah dikatakan sempat menggayakan baju kebangsaan dengan segak hasil rekaan Ollies Wardrobe.
Dalam satu perkongsian di fb milik mereka, tulisnya , Al Fatihah untuk Muhammad Arif Fayyadh b Wahyu Asmi . Sempat bergaya dengan baju kebangsaan dari kami.
Salam takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah SWT. Inshaa Allah syurga buat anak hebat ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sesungguhnya Allah sudah menetapkan ajal manusia. Walau mak-mak biasa memetir saat anak lasak dan risau kalau terjatuh, namun takdir ini sudah tertulis walau kita menjaganya 25 jam sekalipun. Al-Fatihah untuk anak syurga ini dan semoga keluarganya bersabar dengan ujian Allah ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mingguan Wanita
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja