Berikut ini adalah semakan status bantuan khas belia rm150 yang akan dikreditkan bermula bulan September Tahun 2022 ini.
Merujuk kepada jadual hari bekerja, hari Selasa merupakan hari bekerja pertama bagi bulan September 2022. Ini bermakna, terdapat pemohon yang akan menerima bayaran Bantuan Khas Belia pada 1 dan 2 September, diikuti 5 September 2022 dan seterusnya.
Bayaran Bantuan Khas Belia
Bantuan Khas Belia RM150 ini merupakan salah satu instrumen dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3. Bayaran bantuan ini adalah dikhaskan kepada golongan remaja, belia dan bujang yang tidak memiliki anak dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000. Bayaran terakhir yang juga sebanyak RM150 akan dikreditkan sekitar Disember 2022 (selepas bayaran September 2022).
- Peringkat 1 Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
- Peringkat 2 Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
- Peringkat 3 Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022
- Peringkat 4 Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022
Cara Semakan Status BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Join Telegram Myinfokerja untuk info info bantuan kerajaan tahun 2022.
Baca sini: bakal pesara bimbang hadapi hari tua Simpanan KWSP pada tahap kritikal
Baca Juga: Rumah mesra SMJ bernilai RM70,000 diberi percuma, kata Hajiji