SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021

Permohonan dan Semakan Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Permohonan & Semakan SPA9 Tahun 2021

Picture1

Apa itu SPA9?

  • Merupakan penambah baikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i.
  • Merupakan borang pendaftaran permohonan atas talian (online) digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
  • SPA9 telah dibangunkan dengan padanan nombor Kad Pengenalan bagi janaan maklumat peribadi dan kelayakan akademik di mana pemohon boleh mengesahkan dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan

 

Siapa yang boleh memohon?

Calon yang berminat membina kerjaya di Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan mempunyai kelulusan akademik mengikut syarat kelayakan jawatan yang dimohon.

 

Cara-Cara Memohon

Calon boleh memohon melalui laman web rasmi SPA9 iaitu https://spa9.spa.gov.my/login dan memohon pekerjaan secara online. Calon hanya mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan).

Bagi pemohon yang pertama kali mendaftarkan akaun baharu, pemohon adalah dikehendaki mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan).

Maklumat ini akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Bagi tujuan log masuk, MyID adalah nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.

Calon hendaklah mengisi semua ruangan yang diwajibkan untuk memastikan permohonan lengkap.

Untuk membaca manual lengkap Panduan Pengguna Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila tekan link di sini.

spa2

spa3

 

Cara-Cara Semakan SPA9

Untuk menyemak status permohonan anda, ada beberapa kategori permohonan yang boleh diketahui dengan cara-cara di bawah:

Status Permohonan yang telah didaftarkan

Untuk menyemak status permohonan yang telah didaftarkan, sila tekan butang “Semakan Permohonan” seperti di skrin yang tertera di bawah. Sila tekan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”.

telah

Status Permohonan Semasa

Sila tekan “Status Permohonan Semasa” dan skrin yang berikut akan dipaparkan.

semasa

Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon

Sila tekan “Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon” dan skrin yang berikut akan dipaparkan.

pernah

Nota: Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran.

 

SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021

Sila melayari laman web rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di sini.

 

Berminat mengisi satu daripada 6 Jenis Jawatan Kosong Terbuka di TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd.? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment