SEMAKAN PERMOHONAN BARU BPR 2021 ISI RUMAH – BANTUAN BPR RM500-RM1800

Status Permohonan BPR Isi Rumah

Bantuan Rakyat Prihatin 2021

Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aiz telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup sebelum ini.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan berbentuk wang diberikan kepada rakyat yang layak. Bantuan ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekeperluan daripada semua golongan termasuk B40 sehinggalah M40.

Terdapat beberapa kategori di dalam BPR 2021 ini, salah satunya adalah Bantuan Rakyat Prihatin: kategori Isi Rumah.

isi2

 

Apa itu BPR 2021 Isi Rumah?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Kategori Isi Rumah adalah satu kategori dalam BPR untuk membantu keluarga yang memerlukan kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

 

Tarikh Permohonan & Kemaskini BPR 2021 Isi Rumah

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini atau terdapat perubahan dalam maklumat keluarga, bolehlah memohon atau mengemaskini permohonan di laman web rasmi BPR 2021.

Tarikh permohonan dan kemaskini BPR 2021 adalah 15 Januari 2021 – 15 Februari 2021 (1 bulan).

isi rumah

 

Syarat Kelayakan

Syarat permohonan bagi yang ingin memohon adalah sebagaimana berikut:

  • Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Pemohon BPR 2021 Isi rumah perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:

Isi Rumah

a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawahb) Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)c) Anak (jika mempunyai anak)
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur: (17 tahun dan ke bawah; atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

isi3

 

Cara Memohon BPR

Terdapat dua cara untuk memohon bantuan BPR 2021 Isi Rumah ini, iaitu:

Cara 1: Melalui online di laman web rasmi BPR

  1. Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Isi maklumat yang diperlukan di bahagian PERMOHONAN dan memuat naik dokumen sokongan yang berkenaan
  3. Sahkan permohonan anda di bahagian PENGESAHAN PERMOHONAN BPR dengan menekan mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”.
  4. Tekan butang HANTAR.

Cara 2: Secara manual dengan mengisi borang permohonan BPR

Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talianberikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

 

Jumlah yang akan diberikan kepada penerima BPR 2021 adalah seperti yang berikut:

BPR 2021 ISI RUMAH

 

SEMAKAN PERMOHONAN BARU BPR 2021 ISI RUMAH – BANTUAN BPR RM500-RM1800

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi pihak LHDN untuk makluman yang lebih lanjut di sini.

 

Sila lihat juga: Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat dengan menekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment