SEMAKAN Permohonan Bantuan MyKasih: RM100 Selama 3 Bulan Menggunakan MyKad

Bantuan MyKasih

Apa itu MyKasih?

Satu bentuk bantuan tanpa tunai cashless dibawah pakej ransangan PEMERKASA. Melalui PRIHATIN Kasih, kerajaan telah memperuntukkan bantuan cashless sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Berapa amaun bantuan yang akan diberikan?

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Siapa yang layak menerima bantuan ini?

Kriteria penerima PRIHATIN Kasih diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudian akan disemak sekali lagi dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui semakan ini, setiap isi rumah ketua keluarga akan dikreditkan elaun menggunakan MyKad.

Cara Semakan Status

  1. Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Bulan Pelaksanaan

Berikut adalah bulan pelaksanaan program ini:

Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah menghubungi MyKasih di talian 03-7720188 atau emel ke [email protected]

Anda juga boleh melayari laman web rasmi di sini.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment