SEMAKAN ONLINE AKAUN PENYATA KWSP
Semakan online akaun penyata kwsp, bagi mereka yang tidak biasa menggunakan aplikasi secara online pastinya merasa sukar sekali. Semua urusan menjadi terbantut.
Namun Kini AKAUN PENYATA KWSP juga sudah berpindah secara online dengan mewujudkan aplikasi i-akaun yang dapat diakses dimana-mana sahaja.
Oleh itu, Kami akan kongsikan 3 cara mudah untuk semak akaun penyata kwsp secara online sahaja dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit anda.
Cara Buat Semakan
Daftar i-Akaun KWSP
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk semak akaun penyata kwsp adalah dengan membuat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh semak penyata KWSP.
hubungi pihak KWSP di talian 03-89226000 untuk membuat pendaftaran dan pengesahan.
Setelah itu, Soalan yang akan ditanya oleh pihak KWSP adalah no kad pengenalan dan nombor telefon dan anda akan diberikan ID Pengguna dan kata laluan sementara waktu.
Langkah 1 : Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun
Pendaftaran akaun penyata kwsp juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP, namun anda terpaksa menunggu lama kerana SOP pencegahan wabak Covid-19 yang sedang diamalkan di Malaysia, kini.
Cara Membuat Pengesahan
Langkah yang seterusnya untuk semak penyata KWSP adalah dengan membuat pengesahan kepada i-Akaun anda.
KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS. Kemudian, sila aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP atau aplikasi i-Akaun yang telah dimuat turun dalam telefon bimbit anda.
- Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”.
- Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”.
- Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.
- Ubah ID sementara anda kepada yang anda dikehendaki. Untuk ubah ID hanya boleh buat sekali ni je semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang mudah diingati.
- Isi kata laluan baru.
- Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
- Masukkan Frasa Rahsia, kemudian tekan butang “Seterusnya”.
- Tuan puan akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.
Dapatkan Penyata KWSP
Dapatkan Penyata KWSPSetelah selesai, anda boleh terus mendapatkan penyata dalam masa kurang 5 minit sahaja.
Anda boleh Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini dan pilih untuk print penyata yang anda kehendaki.
Antara kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun tuan puan. Ini termasuklah kemudahan untuk menyemak status permohonan pengeluaran.
Seterusnya, anda boleh membuat permohonan pengeluaran, dan yemak informasi berkaitan dengan pencalonan (nominations).
Selain itu, anda juga boleh membuat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun kedua anda. Mudahkan.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan2. Terima kasih.
Perhatian – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.
Follow juga kami di Channel telegram untuk dapatkan info-info bantuan kerajaan serta info jawatan kosong 2022 dan banyak lagi info menarik di telegram kami.
Baca di sini : Pekerja berpeluang menerima elaun Kerja Sebanyak Rm1000