SEMAKAN KELULUSAN I-SINAR KATEGORI 2 BERMULA HARI INI – 8 FEBRUARI 2021

Terkini: Semakan Status Permohonan i-Sinar Kategori 2

Kelulusan i-Sinar Kategori 2: 8 Februari 2021 8.00 Pagi

Bagi rakyat Malaysia yang telah memohon i-Sinar kategori 2, pastinya sedang tertunggu-tunggu tarikh semakan kelulusan.

Bagi pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, makluman terkini telah dikeluarkan oleh pihak KWSP melalui laman Facebook KWSP tengah malam tadi. Pengumuman itu memberitahu bahawa terdapat masalah teknikal yang dihadapi pada paparan status i-Sinar Online. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Bahawasanya, para pemohon adalah disarankan untuk menyemak semula status semakan masing-masing bermula 8.00 pagi pada 8 Februari 2021 (Isnin).

i-sinar kategori

 

 

Permohonan i-Sinar Kategori 2

Syarat Kelayakan bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Cara-Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2

  1. Klik https://isinar.kwsp.gov.my/ (Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web ini)
  2. Bagi permohonan baru, sila klik pada PERMOHONAN BARU
  3. Bagi yg dah pernah memohon (semasa Kategori 1) dan permohonan anda sedang DIPROSES serta dikehendaki memuat naik dokumen sokongan, sila kemaskini permohonan anda pada “SEMAK STATUS PERMOHONAN”, pilih “KEMASKINI”
  4. YA utk Kategori 1 / TIDAK utk Kategori 2.
  5. SEMAK AMAUN yang layak dan PILIH amaun yang dikehendaki.
  6. Set Jadual Pembayaran seperti yg dikehendaki.
  7. Isi atau semak maklumat permohonan.
  8. Masukkan maklumat Pengurangan Pendapatan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

 

Tarikh Semakan Kelulusan & Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1

Bagi i-Sinar Kategori 1 pula, para pemohon bolehlah melakukan semakan i-Sinar Kategori 1 iaitu status pengeluaran untuk Akaun 1 KWSP bermula 4 Januari 2021.

Bagi Kategori 1 ini, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah yang telah dimohon.

Bagi permohonan yang telah lulus, cara pembayaran akan dilakukan melalui cara pengkreditan terus ke akaun bank milik anda.

Baki simpanan Akaun 1 KWSP anda juga boleh diketahui melalui

  1. Online (aplikasi atau laman web i-Akaun) ATAU
  2. Pergi terus ke cawangan KWSP yang terdekat.

 

Cara Semakan Status i-Sinar Kategori 1 dan Kategori 2

Cara 1: Melalui Portal i-Sinar

  1. Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Isi maklumat yang diperlukan
  3. Sila tekan butang SEMAK STATUS

Cara 2: Melalui i-Akaun KWSP

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan

Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

 

SEMAKAN KELULUSAN I-SINAR KATEGORI 2 BERMULA HARI INI – 8 FEBRUARI 2021

Untuk memohon, menyemak, membaca soalan lazim dan panduan pengguna, sila ke laman web rasmi i-Sinar KWSP dengan menakan link di sini.

 

Diharapkan agar program i-Sinar ini akan memberikan kesejahteraan kewangan dalam ekonomi pandemik Covid-19 kepada para pemohon.

 

Lihat juga: i-Akaun KWSP – Semakan Penyata KWSP Online dengan menekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment