Semakan eGumis WTD Secara Online eGumis

Semakan eGumis WTD Secara Online eGumis

Semakan eGumis WTD Secara Online eGumis. Semakan eGumis. Bagi memudahkan semakan wang tidak dituntut, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah membangunkan portal eGUMIS yang membolehkan orang ramai membuat semakan ini secara dalam talian.

Semakan eGumis WTD Laporan Akhbar Utusan Malaysia pada Januari 2023 memaklumkan jumlah wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebanyak RM11 bilion sehingga akhir tahun lalu.

Dengan adanya portal eGUMIS ini, anda pasti boleh menyemak wang tidak dituntut dengan mudah secara online.

Semak sini: Tebus eGumis WTD

eGumis WTD Wang Tidak Dituntut

Semakan eGumis WTD Wang dalam kredit akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui sebarang transaksi dalam tempoh masa tidak kurang daripada dua tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah akaun pemiutang perdagangan dan akaun penghutang perdagangan dengan baki kredit.

Wang dalam kredit akaun yang tidak diuruskan oleh pemiliknya dalam apa cara sekalipun untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun. Contohnya ialah akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap.

Wang kena dibayar oleh undang-undang sah kepada pemilik tetapi tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang satu tahun, contohnya gaji, upah, bonus, dividen, simpanan tetap yang telah matang dan lain-lain.

Contoh-contoh Wang Tak Dituntut

  • Gaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan.
    Dividen.
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Draf bank, pesanan juruwang, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  • Akaun simpanan.
  • Akaun semasa.
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
  • Akaun pemiutang dagangan.
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
  • Sebenarnya ramai yang tidak tahu ada wang yang tidak dituntut. Kosmo melaporkan tahun lalu akhbar itu menerima seorang pengunjung yang terkejut dimaklumkan mempunyai wang tidak dituntut berjumlah rm12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter wang tak dituntut (WTD).

Semakan eGumis WTD

Cara Semak eGumis WTD Wang Tidak Dituntut

Menyemak Semakan eGumis WTD Wang Tidak Dituntut boleh dilakukan sendiri melalui beberapa kaedah berikut:

Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD
Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia
Portal https://egumis.anm.gov.my/

Semakan WTD Secara Online eGumis

Semakan eGumis WTD Pemohon boleh membuat semakan WTD dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut jika ada).

Langkah 6: Klik “Cetak”, jika perlu.

Siapa yang boleh menyemak Semakan eGumis WTD dalam talian?

  • Individu dan syarikat/firma dibenarkan untukbmembuat semakan Wang Tak Dituntut secarabdalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Permohonan Tuntutan Semakan eGumis WTD Secara Online. Permohonan tuntutan dibenarkan kepada mana-mana pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka.
  • Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap.
  • Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.
  • Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.

Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan Semakan eGumis WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2: Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4: Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.
  • Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap sudah DISAHKAN.
  • Permohonan Tuntutan Individu

Jika individu itu ingin membuat Permohonan tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) untuk jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran, Akaun Perdagangan, Legasi dan dokumen lain yang diperlukan adalah seperti berikut;

  • Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
  • Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
  • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan

  • Surat Pengesahan ASAL daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya maklumat eGUMIS tidak sama dengan maklumat pemohon/ pengenalan diri empunya) lengkap mengikut format yang ditetapkan.
  • Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam tempoh 07 hari berkerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan.

Semakan eGumis WTD

Leave a Comment