Jadual Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP
Bayaran i-Citra bagi bulan Oktober akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Tarikh Pembayaran i-CITRA Bulan Oktober
Mengikut daripada pengumuman yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman Twitter rasmi menyebutkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan Oktober dibuat bermula 1 Oktober 2021 (Jumaat). Seterusnya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. Pembayaran adalah secara berperingkat. Berikut adalah jadual pembayaran i-Citra yang boleh dirujuk dari semasa ke semasa.
Waktu Pembayaran i-CITRA Setiap Bank
Berikut adalah jangkaan waktu masuk pembayaran wang i-CITRA bagi bank yang berbeza.
- RHB – Bermula jam 9 malam
- Public Bank – Bermula jam 9 malam
- OCBC – Bermula jam 10 malam
- Citibank – Bermula jam 9 malam
- Hong Leong – Bermula jam 10 malam
- Bank Muamalat – Bermula jam 6 petang
- Bank Islam – Bermula jam 9 malam
- AM Bank – Bermula jam 9 malam
- Alliance Bank – Bermula jam 9 malam
- Agro Bank – Bermula jam 8 malam
- Affin Bank – Bermula jam 8 malam
- Bank Rakyat – Bermula jam 8 malam
- BSN – Bermula jam 6 petang
- CIMB Bank – Bermula jam 9 malam
- Maybank – Bermula jam 10 malam
Semakan Status i-Citra 2021
Bagi yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan di sini.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim
1) Berapa bayaran yang akan saya terima dari EPF?
Jika anda mendapat kelulusan mengeluarkan sejumlah RM5000 untuk tempoh 6 bulan, bermakna anda akan terima RM1000 untuk setiap bulan.
~
Maklumat lanjut tentang Janji Temu Online KWSP boleh didapati di laman web rasmi KWSP, laman Facebook KWSP atau ke Soalan Lazim Janji Temu di sini.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021