Semakan Bayaran Bantuan BMT Rm600 Terkini Jun 2022

Berikut merupakan maklumat tentang pembayaran Bantuan BMT berjumlah rm600.

Lihat Juga: Semakan Wang Tuntutan Menggunakan Egumis ANM 2022

Maklumat Bayaran Bantuan BMT

Maklumat Bayaran Bantuan BMT

Dimaklumkan bahawa pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022. Setiap fasa pula membabitkan pembayara sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Bagi maklumat lengkap dan permohonan secara atas talian BMT, sila rujuk – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan bmt.

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia;
  • Pemohon adalah pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Cara Memohon Bayaran Bantuan BMT

  1. Kepada yang menepati syarat-syarat di atas, permohonan BMT boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem permohonan BMT RISDA.
  2. Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment