Semakan Bantuan Khas Penjaja RM500

Bantuan Khas Penjaja One-Off

Semakan Bantuan Khas Penjaja 2021 – Pulau Pinang

Para penjaja yang menghadai kesukaran untuk meneruskan perniagaan pada musim pandemik ini bolehlah memohon bantuan negeri yang berjumlah RM500 one-off. One-Off bermaksud RM500 ini akan diberikan sekali sahaja dan dikreditkan dalam akaun anda.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan COVID-19) Fasa 3 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Sehubungan itu, kumpulan sasaran telah dikenal pasti dan sukacita diumumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Siapa yang layak mendapat bantuan ini?

Terdapat lima kumpulan sasaran daripada Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang ini. Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 yang akan diberikan kepada:

  1. Peniaga dan penjaja berlesen;
  2. Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);
  3. Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);
  4. Peniaga pasar tani (FAMA).

 

Cara Permohonan/Semakan Bantuan

Semua penjaja dan peniaga yang telah berdaftar, tidak perlu melakukan permohonan kerana maklumat telah tersedia TETAPI perlu membuat pengesahan butiran perniagaan, maklumat individu serta menyertakan maklumat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan.

Untuk memohon dan membuat semakan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Cara 1: Semakan Online Melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

  1. Layari laman web https://elesen.mbpp.gov.my/mppplic/query/info_query.jsp.
  2. Isi no kad pengenalan dan no lesen.
  3. Klik ikon ‘Carian.’
  4. Maklumat kelayakan akan dipaparkan.
  5. Jika penjaja atau peniaga tersebut layak, kemaskini maklumat yang diperlukan.
  6. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’

bantuan penjaja khas

Cara 2: Semakan Online Melaui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP)

  1. Layari laman web http://bantuanrm500-covid.mbsp.gov.my/list.html.
  2. Isi no kad pengenalan dan no. rujukan lesen.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Maklumat penjaja atau peniaga tersebut dipaparkan.
  5. Jika maklumat tersebut betul, klik butang ‘Sahkan.’
  6. Masukkan maklumat-maklumat berikut:
    i) Nama bank
    ii) No. akaun bank
    iii) No. telefon
    iv) Email
  7. Klik butang ‘Hantar‘.

 

Tarikh Permohonan Bantuan Khas Penjaja Pulau Pinang

Tarikh mula permohonan: 25 Januari 2021

Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2021 (Jumaat)

 

Semakan Bantuan Khas Penjaja RM500

Bagi mereka yang memerlukan, silalah memohon bantuan daripada kerajaan negeri ini melalui atas talian.

Pemohon boleh menghubungi talian rasmi MBPP apabila mempunyai sebarang persoalan lanjut seperti dibawah.

 

 

Ingin mengetahui CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment