Semak Bantuan Am RM350 Dari JKM Khas Untuk Golongan B40

Semak Bantuan Am

Semak Bantuan Am RM350 Dari JKM Khas Untuk Golongan B40, Mohon Bantuan AM RM350 sebulan,Kerajaan dibawah kementerian kewangan memperkenalkan pakej bantuan AM bagi mereka yang layak.

Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Butiranya seperti dibawah :-

Semak sini: Bantuan Pelajar IPT

Semak juga: Pengeluaran KWSP 2.0, Secara Bersasar

Khas Untuk Golongan B40

Semak Bantuan Am Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga

Bantuan Am adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga

Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?

Warganegara yang bermastautin di Malaysia;

Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau

PGK purata miskin per kapita semasa;

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Am?

Setiap pemohon perlu Semak Bantuan Am & melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18). Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun

Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

– Salinan Kad Pengenalan diri pemohon

– Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama

– Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama

– Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

– Semak Bantuan Am Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Semak Bantuan Am

Leave a Comment