Sehingga 50% Diskaun Saman PDRM

Sehingga 50% Diskaun Saman PDRM

Sehingga 50% Diskaun Saman PDRM Untuk makluman, saman seluruh Malaysia layak bagi diskaun dan tawaran pengurangan saman PDRM ini.

Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur menawarkan diskaun pengurangan bayaran saman sehingga 50% (lima puluh peratus) sebagaimana yang diumumkan dalam laman Facebook mereka JsptKL dengan Sukacitanya.

Baca juga Artikal berkaitan: Diskaun Saman JPJ Dan PDRM

Diskaun pengurangan saman PDRM ini adalah terhad ditawarkan selama 3 hari sahaja iaitu dari 10 hingga 12 Januari 2023 (Selasa, Rabu dan Khamis).

Diskaun Saman PDRM Tawaran Pengurangan Saman Diskaun saman PDRM ini adalah bagi kesalah terpilih sahaja di mana tawaran diskaun adalah sehingga 50%. Namun begitu, pengurangan tidak ditawarkan bagi 9 jenis kesalahan berikut;

– Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
– Kesalahan status perbicaraan (m)
– Kesalahan berkaitan kenderaan berat (B)
– Kesalahan pengubahsuaian ekzos (e)
– Kesalahan memotong secara bahaya (Potong Q)
– Kemalangan
– Kesalahan potong di garisan berkembar
– Kesalahan lorong kecemasan
– Kesalahan jalan semasa lampu isyarat

Diskaun Saman PDRM Bayaran Kaedah

Pembayaran hanya boleh dibuat di Kaunter Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee Kuala Lumpur sahaja sebagaimana maklumat berikut;

– Tarikh : 10 hingga 12 Januari 2023
– Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
– Tempat : Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee, 50000 Kuala Lumpur
– Cara Semakan Saman
– Anda boleh membuat semakan saman PDRM ini di Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S Lee untuk mengetahui jenis kesalahan dan saman yang ada.

Selain itu semakan juga boleh dibuat secara online melalui portal MyBayar Saman melalui pautan berikut; https://mybayar.rmp.gov.my/

Ikuti langkah-langkah berikut untuk check saman :

– Klik butang ‘DAFTAR’ untuk daftar sebagai pengguna baharu
– Isi maklumat peribadi – no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon
– Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
– Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang telah didaftarkan
– Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk buat semakan
– Anda juga boleh membuat semakan saman melalui SMS melalui cara berikut;

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan, Hantar ke 15888 Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

Sebarang info lanjut dan maklumat terkini berkaitan Diskaun Saman PDRM, sila ikuti di laman sosial dan laman web Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM bagi tujuan maklumat yang sahih lagi tepat

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada diskaun pengurangan saman PDRM ini.

Sumber: Facebook JsptKL.

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan soalan lazim yang ramai orang inbox admin JSPTKL tanya tentang promosi pembayaran saman ini :-
Adakah layak mendapat diskaun pengurangan saman jika pembayaran dibuat secara online/myeg?
Tidak layak (online hanya melalui aplikasi mybayarsaman dan oks kena hadir bagi mendapatkan barcode diskaun mybayarsaman).
Boleh tak kalau wakil datang bayar saman?
Ya boleh tetapi bagi mybayarsaman tidak boleh.
Bagaimanakah cara pembayaran?

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai/debit kad/kredit kad. Tp admin galakkan bayar secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran (merchant terminal pembayaran jika menggunakan debit/kredit kad).

Saman yang bagaimana layak mendapat diskaun?
– Boleh rujuk pada infografik yang dinyatakan.

Bagaimana proses pengurangan saman ini akan dijalankan?
– Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.

Adakah diskaun pembayaran saman ini hanya saman PDRM?
– Untuk saman PDRM sahaja. Saman-saman lain agensi tidak termasuk.

Boleh tak kalau saya nak bayar saman luar dari Kuala Lumpur?
– Ya boleh. Saman seluruh Malaysia layak untuk pengurangan saman ini.

PENAFIAN: Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja.

Diskaun Saman PDRM

Leave a Comment