Secara Online, Tukar Kad ATM anda

Secara Online, Tukar Kad ATM anda

Secara Online, Tukar Kad ATM anda – Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kad akan dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi yang tinggal dalam Malaysia dan 30 hari waktu bekerja untuk di luar Malaysia dari tarikh permohonan penukaran kad dilakukan.

Berikut kami kongsikan cara tukar (Debit Card) atau kad ATM Maybank secara dalam talian/online.

Tahukah anda? Maybank menyediakan perkhidmatan untuk menukar kad Maybank (debit card) secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank.

Semua pemegang kad ATM Maybank boleh memohon untuk penukaran kad kecuali kes seperti kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.

KAD ATM

Berikut dikongsikan cara untuk membuat penukaran kad ATM Maybank secara online:

-Log masuk ke Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my
-Masuk ke “Settings” dan pergi ke “Cards”
-Pilih “Debit Cards” dan pergi ke “Replace, Activate & Block”
-Kemudian klik pada titik tiga yang tertera

KAD ATM

-Pilih “Replace Card”
-Seterusnya, isikan alamat penuh tempat tinggal dan tekan “REPLACE CARD”
-Akhir sekali, tekan request SMS TAC dan isi diruangan yang disediakan
-Permohonan akan diproses dan anda hanya perlu tunggu kad untuk sampai di hadapan rumah anda.

BACA JUGA INFO: Syarat Asas Tuntutan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalah dalam membuat penukaran kad bolehlah melayari laman web rasmi maybank2u 

Kad ATM

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

 

Leave a Comment