“Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta

“Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta

Nasihat yang sering kita dapat kalau menaiki kenderaan selain dari pandu berhati-hati, semestinya kunci pintu sejurus masuk ke dalam kereta. Bukan hanya dari orang terdekat, malah ada juga pihak bertanggungjawab membuat nasihat sebegini dalam bentuk video bagi mengelak dari perkata tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’.

Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik cemas dalam hidupnya apabila terdapat seorang lelaki datang melulu ke keretanya dan cuba untuk buka pintu!

Perkongsian berbentuk video itu dimuat naik di laman sosial Tiktok miliknya menggunakan akaun pieyraaaa98. Menerusi tulisan pemilik video, difahamkan dia baru sahaja masuk ke ruang parkir berkenaan. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke kenderaannya dan cuba membuka pintu.

2 17

Mujurlah dia sempat mengunci pintu dan katanya lama juga lelaki itu bersandar dan mengintai dalam kereta tersebut. Mujurlah pengakhirannya baik-baik sahaja apabila ada orang di sekitar yang datang membantu.

Meninjau di ruangan komen, ada yang turut berkongsi kisah yang hampir sama mereka pernah alami.Malah, ada juga yang memberi tip supaya jika berada dalam situasi sebegitu, segeralah tekan hon supaya orang ramai aware tentang apa yang anda hadapi dan dari situ mereka boleh bantu untuk mengusir stranger tersebut.

LIHAT REAKSI NATIZEN

ss3

ss2 2

ss1 2

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Keluarga

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja

Leave a Comment