Sanggup Buat Banyak Kerja Demi Sara 9 Anak, Kisah Ibu Tnggal Hensem Ini Raih Perhatian Ramai

Sama seperti kisah seorang wanita yang bernama Ummu Nabilah, 33, apabila perkahwinannya yang telah dibina selama 14 tahun akhirnya hancur akibat bercer4i.

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran hidup yang diberikan kepada kita.

Dikatakan, Bella bekerja keras demi menyara keluarganya yang terdiri daripada sembilan orang anak dengan melakukan dua kerja pada suatu masa.

Walau bagaimanapun, kini Bella (nama gelaran) lebih dikenali di laman TikTok dengan nama samarannya ‘Kakak Hensem Official’.

“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya duduk di Malaysia sehinggalah kami berpisah pada Disember 2021. Selepas bercerai, saya balik ke Singapura. Dulu saya hanya suri rumah. Saya tak boleh kerja di Malaysia sebab tak ada visa kerja.

“Saya berasal dari Singapura, bekas suami pula merupakan orang Malaysia. Saya berkahwin ketika berumur 17 tahun. Hasil perkahwinan, saya dikurniakan sembilan cahaya mata.

Berdasarkan laporan MStar, Bella menyatakan bahawa sememangnya tentu dia berasa sukar kerana perlu menyara sembilan orang anaknya akan tetapi dia sentiasa redha dengan takdir Allah dan berharap agar dirinya kuat dalam meneruskan kehidupannya.

adv

“Selepas balik Singapura, saya mula bekerja sebagai rider GrabFood. Pada masa sama, saya turut bergelar perunding kecantikan MaryKay,” kata Bella.

“Nak membesarkan sembilan orang anak, memang ada rasa sukar. Cuma pada saya, kita sebagai ibu kena kuat. Mereka pun dah ada trauma, takkan kita nak tambah trauma lagi kan. Apa yang dah berlaku mengajar saya untuk kuat hari ini.

“Perkahwinan saya bertahan selama 14 tahun saja. Saya tak boleh cerita lanjut, namun secara asasnya, anak-anak kata mereka dah tak boleh bertahan. Pada saya, hidup ini memang sentiasa ada cabaran. Jadi kita kena belajar untuk terima cabaran.

“Dulu duduk dengan anak 24 jam. Sekarang kena bekerja. Setiap apa yang berlaku ada baik buruknya. Sebagai perempuan, saya juga saya ada perasaan untuk berkahwin lagi. Tapi saya cuma mohon doa yang baik-baik,” jelasnya lagi.

Selain kisahnya sebagai seorang ibu tunggal yang kuat menyara sembilan orang anaknya, warganet turut memberikan perhatian terhadap penampilannya yang seakan lelaki.

“Saya bukan pengkid (perempuan berperwatakan lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis), saya masih perempuan cuma saya tomboy (perempuan lasak). Penampilan saja macam lelaki. Lagi selesa nak urus diri sebab saya tak suka habiskan masa lebih setengah jam depan cermin.

Untitled 2

“Sebelum kahwin pun saya memang tomboy rambut pendek, tak pernah panjang. Masa kahwin saya simpan rambut panjang. Kemudian rambut saya kembali pendek selepas berpisah,” terangnya.

Jelas Bella, dia berasa selesa berpenampilan sebegitu kerana dia tiada masa untuk merias diri seperti wanita-wanita lain.

Akhir kata, Bella menitipkan pesan buat ibu tunggal lain di luar sana agar terus tabah dan cekal.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka yang seakan sama dengannya.

Ada juga individu yang memuji kulitnya cantik tidak dan tidak kelihatan seperti umurnya.

Antara komen netizen:

kakak hensem 2

“rambut pendek bukan pengkid. dulu masa matrik rambut sy pun mcmni. pastu bila nk g mandi mesti org usha semcm😂 padahal i ade bf nokk🤣🤣🤣 dah nk buat cane kita suka rambut gitu rambut pun cepat kering bila nk pakai tudung😂”

Sumber : yoy

 

Leave a Comment