Sijil SPM Online Tempoh Pengeluaran

Sijil SPM Online Tempoh Pengeluaran

Sijil SPM Online Tempoh Pengeluaran – Cara dapatkan sijil SPM hilang secara online dengan mudah. Jika sijil SPM (Sijil Pepeperiksaan Malaysia) anda tercicir atau hilang, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya secara online sahaja.

Perkhidmatan ini telahpun dibuka dalam talian sejak 1 Februari 2021.

Tempoh Pengeluaran Salinan Permohonan Sijil SPM Online;
Di bawah dikongsikan tempoh untuk mengeluarkan salinan penyata dan terjemahan setiap sijil :

SPM pada/ selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
SPM pada/ sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
PMR pada/ selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
PMR pada/ sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
Peperiksaan lain (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, dll.) – tujuh (7) hari bekerja.

Di bawah ialah cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan :

1. Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
2. Tekan bahagian Perkhidmatan.
3. Pilih Salinan Keputusan.
4. Kemudian anda boleh memilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
5. Isikan No. Kad Pengenalan Anda.
6. Tekan Papar Borang Permohonan.
7. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan
8. Tekan MOHON.
Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama.
*Caj akan dikenakan untuk setiap permintaan untuk salinan keputusan dan terjemahan iaitu sebanyak RM40

Info Tambahan
Jika anda ada masalah dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Soalan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Sijil SPM Online

BACA JUGA INFO: BKM Bujang pun dah masuk 😍

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – Sijil SPM Online Tempoh Pengeluaran

Leave a Comment