Rumah Mesra SMJ Sabah Percuma Terkni 2022. Kerajaan Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Rumah Mesra SMJ Sabah
“Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Program perumahan ini merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ). Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. “Pembinaan Rumah Mesra yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah dalam kalangan rakyat yang berkelayakan.
Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ Sabah Maju Jaya bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan. Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan geran khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina Rumah Mesra yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu. Kaedah permohonan bagi memiliki Rumah Mesra SMJ ini akan diketahui selepas pelancaran konsepnya pada 29 September 2022 nanti. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa.
Rumah Mesra SMJ Sabah ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ. Selain program perumahan percuma ini, Sabah turut melancarkan Permohonan Laptop Percuma untuk pelajar yang berkelayakan.
“Peruntukan ini (geran khas untuk Rumah Mesra SMJ Sabah) kita kena bagi balik kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan, tidak punya rumah selesa jadi kita putuskan untuk bina rumah percuma ini. Setiap tahun kerajaan persekutuan ada beri untuk bina rumah PPRT, peruntukan itu juga kita bina Rumah Mesra SMJ Sabah. “Kita mahu membantu mereka yang susah, tidak mempunyai rumah atau ada rumah daif supaya mereka dapat merasai nikmat hidup lebih selesa…spesifikasinya mungkin kita ubah sikit daripada rumah PPRT sekarang untuk beri lebih keselesaan kepada rakyat,” katanya di Kampung Serusop, di sini, hari ini.
Hajiji berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan Ramadan dan Aidilfitri kepada 180 penerima berupa barangan harian serta wang tunai dan sumbangan kurma kepada 28 masjid dan 25 surau di negeri ini. Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Hajiji dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk menaikkan geran khas untuk Sabah 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6, bermula tahun ini.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih. Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.
Join Telegram Myinfokerja untuk info info bantuan kerajaan tahun 2022.
Baca sini: Cara Daftar Skim Smart Rumah Sewa Selangor 2022
Baca Juga: Cara Tuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0