Cara Memohon dan Syarat Rumah Mesra Rakyat RMR
Rumah Mesra Rakyat: Bayaran Serenda RM 300
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melancarkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tujuan membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Jika anda tergolong dalam kumpulan yang dinyatakan, seperti nelayan, petani kampung atau keluarga miskin, program ini sangat bermanfaat untuk anda.
Bagi mereka yang berminat memohon RMR ini, silalah baca selanjutnya dengan teliti untuk lebih maklumat.
Syarat Kelayakan
Rakyat Malaysia yang ingin memohon hendaklah memastikan diri sendiri cukup dan memenuhi syarat kelayakan untuk RMR ini. Syarat yang dinyatakan adalah seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / tinggal di rumah usang
- Tanah bersesuaian dan bebas dari gadaian ke atasnya. Jika anda bukantuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut reka bentuk)
- Bagi pemohon dari Semenanjung, jika pemohon pertama berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua haruslah berumur 18-42 tahun.
- Bagi pemohon dari Sabah,Sarawak dan kawasan pulau, jika pemohon pertama 38 tahun maka pemohon kedua haruslah berumur antara 18-38 tahun.
Jika cukup syarat kelayakan dan ingin melakukan permohonan Rumah Mesra Rakyat ini, anda juga hendaklah mengetahui perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum memohon. Antaranya adalah:
- Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & memastikan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.
Cara-Cara Memohon
Pertama sekali, pemohon hendaklah mendaftar akaun Rumah Mesra Rakyat (RMR) terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan.
- Pergi ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
- Klik pada salah satu pautan “Pendaftaran Baru”
- Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR1M ini.
- Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.
- Akhir sekali, klik butang “Daftar” untuk menghantar pendaftaran login.
- Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.
- Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M.
- Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan.
- Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi Surat Aku Janji Pemohon, Surat Akaun Pelepasan Tuan Tanah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar.
- Lengkapkan semua borang di atas dan imbas salinan ke bentuk (jpg,bmp dan lain-lain).
Setelah ini, barulah boleh memulakan proses permohonan seperti yang berikut:
- Masuk semula ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
- Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna.
- Gunakan pula kata laluan yang telah diemailkan(ks) kepada anda semasa pendaftaran login.
- Dah login anda boleh isi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online terus.
- Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk disini: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf
Terdapat beberapa dokumen penting yang perlu disediakan oleh pemohon bagi memastikan permohonan Rumah Mesra Rakyat ini diproses dengan lancar. Antaranya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Slip gaji terkini / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan(disahkan oleh ketua kampung, penghulu)
- Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. (disahkan oleh ketua kampung atau penghulu)
- Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
- Borang laporan tapak bergambar.
Contoh Pelan Rumah Mesra Rakyat
Lihat juga di sini untuk Cara Memohon dan Menyemak Permohonan GKP Tambahan (GKP 3.0).
Selamat maju jaya!
Sumber: kemaskinijawatanmalaysia
Lihat Juga Semakan Tarikh Pembayaran KWSP Pemohon Yang Belum Dikereditkan
Myinfokerja.com
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Rumah Mesra Rakyat ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.