Rm330 billion pakej bantuan telah disalurkan sepanjang pandemik

Lebih RM330 bilion pakej bantuan telah membantu rakyat sepanjang pandemik

Lebih RM330 bilion atau kira-kira 62 peratus telah disalurkan daripada lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion, sekali gus memberi manfaat kepada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan setakat 24 September lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Kesemua pakej bantuan dan rangsangan ekonomi itu merangkumi langkah fiskal dan bukan fiskal.
  • “Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk menangani krisis Covid-19, terutama dalam memenuhi keperluan sistem kesihatan awam, membantu rakyat yang terjejas dan menyokong kelangsungan perniagaan,” kata Menteri Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
  • Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai jumlah yang dibelanjakan berbanding dengan yang diperuntukkan sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia.
  • Oleh kerana situasi Covid-19 bersifat dinamik, adalah wajar bagi kerajaan untuk sentiasa berwaspada terhadap perkembangan semasa dan berdasarkan Belanjawan 2021, unjuran defisit adalah 5.4 peratus, katanya.
  • “Namun, kerajaan telah mengambil pendirian dasar fiskal yang mengembang dalam mengatasi krisis Covid-19. Oleh itu, defisit untuk tahun ini dijangka mencecah antara 6.5 hingga 7.0 peratus,” katanya.
  • Tengku Zafrul berkata, setakat 15 September, daripada jumlah peruntukan RM322.5 bilion di bawah Belanjawan 2021, RM216 bilion atau lebih 66 peratus telah dibelanjakan seperti yang dirancang.
  • Bagi menampung suntikan fiskal tambahan khusus untuk menangani krisis Covid-19, kerajaan telah membiayai langkah pakej rangsangan ekonomi melalui Kumpulan Wang Covid-19 (KWC), katanya.

Sumber: Sinar Harian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment