RM2000-RM5000 Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia

RM2000-RM5000 Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia

RM2000-RM5000 Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia – SYABAS juga merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan niaga pintar kepada usahawan belia Sabah.

Program Skim Usahawan Belia Jaya (SYABAS) merupakan program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu pembangunan ekonomi dan memperkasakan potensi belia Sabah.

Program ini merupakan inisiatif Ketua Menteri Sabah untuk membantu belia Sabah memajukan perniagaan sedia ada atau memulakan perniagaan baharu.

Objektif Program Skim Jaya Usahawan Belia

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk :

– Membantu belia memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.
– Membantu usahawan belia yang mempunyai produk untuk memajukan lagi operasi perniagaan.
– Membantu membina usahawan belia perniagaan eksport/import untuk mengekalkan perniagaan belia.

Sasaran Program

– Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.

Kategori Permohonan

Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:

– Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
– Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.

Syarat Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:

– Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
– Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
– Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
– Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.

RM2000-RM5000 Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Start-up Fund
– Lesen perniagaan
– Penyata akaun bank
– Salinan IC
– Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

ii) Young Developing Creative Business Fund
– 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
– Lesen perniagaan
– Penyata akaun bank
– Salinan IC
– Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

Cara Mohon Skim Jaya Usahawan Belia

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

– Layari laman web https://syabas.gov.my/.
– Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
– Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
– Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
– Isi maklumat yang diperlukan.
– Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
– Muat naik dokumen yang diperlukan.
– Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/.

BACA JUGA INFO: Kelebihan & tuntutan sign petition kwsp 2022

Skim Jaya Usahawan Belia

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment