“Risau Astro hantar Tanjung Rambutan”- Terlalu ‘hyper’, ramai terhibur lihat gelagat Kak Ina
Tak dapat disangkal lagi, semenjak kemunculan pengacara dan pelakon terkenal, Elly Mazlein sebagai hos bagi program terkemuka, Gegar Vaganza, ramai yang terhibur serta memuji dengan cara mengendalikan pentas di hadapan khalayak umum.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Ixxuddin Jefry di laman TikToknya, kelihatan Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina sedang menari telah meraih perhatian netizen.
LIHAT VIDEO DISINI
Mana tidaknya, dalam video itu menunjukkan gelagat yang bersahaja ditunjukkan oleh Kak Lina di sebalik tadbir semasa persembahan Fuad Rahman yang menyanyikan lagu berjudul Gadis Melayu.
Aduiii terhibur la tengok gelagat Kak Lina!
Susulan itu, rata-rata netizen terhibur apabila melihat aksi yang ditunjukkan oleh Kak Lina semasa program berlangsung tanpa memikirkan keadaan di sekelilingnya.
Aku tengok GV sebab Kak Lina je!
Malah, ada juga netizen meluahkan mereka menonton program tersebut disebabkan oleh Kak Lina yang menjadi hos Gegar Vaganza itu dan sering memberikan aksi yang tak kering gusi kepada umum.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja