Permohonan Rumah Mampu Milik Bagi Warga B40
Apa itu Residensi Prihatin di Wilayah Persekutuan?
Residensi Prihatin merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.
Oleh itu, bagi rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan B40 di Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah namun tidak berkemampuan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu residensi ini.
YB Tan Sri TPr Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan inisiatif ini secara virtual live melalui Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan dan rakaman boleh ditonton semula dengan melayari link di sini: https://www.facebook.com/KemWP/videos/724111284915764/
Objektif inisiatif ini dilakukan adalah untuk:
- membantu golongan berpendapatan rendah
- mengurangkan beban untuk memiliki rumah pertama warga B40 di Wilayah Persekutuan
Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.
Saiz tersebut merangkumi:
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang Tamu
- Dapur
- Ruang Makan
- 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).
Siapa yang layak memohon?
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan ini:
- Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Permohonan rumah pertama sahaja.
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin
Cara-Cara Memohon
Permohonan dan pendaftaran bagi rumah atau kediaman di Wilayah Persekutuan ini adalah secara online melalui Portal Residensi Prihatin di sini.
Setelah membaca syarat kelayakan yang ditetapkan, sila tekan butang “SAYA LAYAK” untuk melakukan permohonan.
Sila baca Garis Panduan Permohonan Residensi Prihatin yang ditetapkan dan sediakan dokumen-dokumen permohonan seperti di bawah.
Residensi Prihatin: Cara Memohon Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2021
Diharapkan agar projek ini dapat memberikan manfaat dan meringankan beban keluarga B40 yang layak. Segala pertanyaan mengenai permohonan ini boleh disalurkan melalui talian 03-8889 7640 atau email [email protected].
Lihat juga: i-Akaun KWSP – Semakan Penyata KWSP Online dengan menekan link di sini.
Selamat maju jaya!