Perkhidmatan Kaunter Rayuan BPR secara e-Janji Temu – cara & panduan membuat rayuan

Panduan Rayuan BPR Online

Buat e-Janji Temu di kaunter LHDN

Pada 15 Jun yang lalu, kerajaan telah membuka ruang bagi mereka yang tidak lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR bagi membuat rayuan secara online atau di kaunter.

Mulai 15 Jun 2021, perkhidmatan kaunter BPR beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian di Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) menerusi e-Janji Temu. Hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja dibenarkan berurusan di kaunter BPR LHDNM.

LHDN 1 199

Apa itu e-Janji Temu?

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

Cara-cara membuat e-Janji Temu

  1. Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my).
  2. Rujuk panduan pengguna e-Janji Temu.
  3. Pergi ke laman web e-Janji Temu di sini.
  4. Isi semua informasi yang diminta dengan tepat.

Apa perkhidmatan yang diberikan melalui kaunter BPR LHDN?

Perkhidmatan BPR yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:

  1. Semakan Status / Bayaran
  2. Permohonan
  3. Rayuan
  4. Lain – lain

Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengakses secara dalam talian di Portal Rasmi BPR tanpa hadir ke kaunter.

Janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

Bagaimana nak membuat rayuan online?

Bagi mereka yang ingin membuat rayuan BPR secara online, sila baca artikel ini untuk cara-caranya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang e-Janji Temu boleh didapati di laman web rasmi BPR LHDN atau ke Soalan Lazim e-Janji Temu di sini.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment