Rasmi: Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Kategori 2

Semak Status i-Sinar KWSP Dan Tarikh Pembayaran

Semakan Status i-Sinar Kategori 1 dan 2

Pada pendapat tuan-tuan dan puan-puan, status i-Sinar Kategori 1 dan 2 sekarang boleh disemak melalui online di laman web rasmi i-Sinar KWSP.

Bagi pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, makluman terkini telah dikeluarkan oleh pihak KWSP melalui laman Facebook KWSP mengenai paparan status i-Sinar online.

Pengumuman itu memberitahu bahawa terdapat masalah teknikal yang dihadapi pada paparan status i-Sinar Online. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Bahawasanya, para pemohon adalah disarankan untuk menyemak semula status semakan masing-masing bermula 8.00 pagi pada 8 Februari 2021 (Isnin).

Kepada mereka yang telah melakukan permohonan, bolehlah mengikuti langkah-langkah di link ini.

i-sinar kwsp

 

Siapa yang boleh memohon i-Sinar Kategori 2?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Rujuk cara memohon i-Sinar kategori 2 dengan menekan link di sini.

 

Tarikh Dan Cara Pembayaran i-Sinar Kategori 2

Jangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat. Namun, sebelum mengetahui bila tarikh dan cara pembayaran, pemohon hendaklah tahu akan pembayaran Interim i-Sinar. Sila baca informasi di bawah dengan teliti.

 

Apa itu pembayaran interim i-Sinar?

  • Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
  • Ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri* mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.

 

Jadi, bila saya akan menerima bayaran Interim i-Sinar?

Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021. Bagi Ahli yang baru memohon i-Sinar dibawah Kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa TUJUH (7) hari dari tarikh permohonan dibuat.

 

Mengapakah pembayaran interim ini diberikan kepada Ahli yang memohon i-Sinar Kategori 2?

Pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada Akaun 1 Ahli ini diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.

Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.

 

Bagaimanakah bayaran interim saya akan dibuat?

Pembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan Ahli semasa permohonan i-Sinar, iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau secara Arahan Bayaran.

Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).

 

Rasmi: Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Kategori 2

Kesimpulannya, bagi mereka yang telah memohon i-Sinar KWSP Kategori 2, bolehlah menyemak keputusan permohonan dan memastikan maklumat yang diisi adalah tepat. Tarikh pembayaran adalah berperingkat mulai 25 Februari 2021. Di samping itu, pemohon juga hendaklah peka dan tahu akan bayaran Interim i-Sinar ini.

Jika ada pertanyaan dan persoalan lebih lanjut, sila pergi ke laman web rasmi KWSP i-Sinar untuk menghubungi pihak KWSP dengan menekan link di sini.

 

Lihat juga: i-Sinar KWSP: Cara Membuat Rayuan Permohonan di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment