Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat

Pembayaran BPR Tahun 2021

Bantuan Prihatin Rakyat – Tarikh dan Info Penting!

Bagi mereka yang telah memohon, pasti sedang tertunggu-tunggu akan tarikh pembayaran BPR pada tahun ini. Sebagaimana Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diagihkan pada tahun lalu, pembayaran BPR juga akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yang dipanggil fasa-fasa pembayaran.

Sila baca lebih lanjut untuk mengetahui tarikh-tarikh penting pembayaran BPR mengikut kategori masing-masing.

 

Siapakah yang akan menerima BPR 2021?

Bagi mereka yang telah memohon BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu mengemaskini permohonan dengan cara di bawah.

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Sila pergi ke laman rasmi BPR yang disediakan oleh LHDN di sini.

bpr1 pembayaran BPR

 

Kaedah Pembayaran BPR 2021

Pembayaran adalah seperti berikut:

Kaedah 1: Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan

Kaedah 2: Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.

Jadual Pembayaran BPR 2021

Tarikh-tarikh pembayaran kategori bujang dan isi rumah mengikut fasa adalah seperti yang berikut:

Kategori Bujang

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September/Oktober 2021

Kategori Isi Rumah Pendapatan Kurang Daripada RM2,500

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September/Oktober 2021

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM4,000

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September/Oktober 2021

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM4,001 – RM5,000

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September/Oktober 2021

bpr 1

 

Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat

Oleh yang demikian, para pemohon hendaklah tahu mengenaik tarikh-tarikh penting ini dan mengemaskini permohonan jika ada perubahan.

Layari FAQ yang dikeluarkan LHDN mengenai BPR 2021 di sini.

Sila pergi ke laman rasmi BPR yang disediakan oleh LHDN di sini.

 

Ingin mengetahui SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0? Sila tekan di sini.

Selamat maju jaya!

 

 

Leave a Comment