Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP – Kerajaan digesa menyemak semula inisiatif Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diibaratkan seperti ‘tutup lubang, gali lubang’.

Pegawai Khas Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi merayu kerajaan supaya lebih prihatin terhadap keperitan hidup yang dilalui orang ramai ketika ini.

“Perdana Menteri tolonglah turun padang, rasai denyut nadi rakyat, kami di bawah ini sedang menderita.

“Kami (NGO) hari-hari orang mengadu susah. Semalam orang hubungi kata kereta kena tarik, ada yang sampai terpaksa pinjam along. Kami sampai terpaksa guna duit sendiri untuk bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan di Wisma KWSP, di sini, bersama wakil dari Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) dan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGRIM), hari ini.

Dianggarkan 50 pencarum dari seluruh negara berkumpul di hadapan Wisma KWSP bagi membantah inisiatif FSA2 yang dilihat hanya menguntungkan pihak bank.

Sementara itu, Presiden GHRF, S Shashi Kumar melabelkan pelaksanaan FSA2 sebagai satu inisiatif acuh tak acuh daripada pihak kerajaan.

“Berapa ramai (pencarum) ada duit dalam akaun dua? Ramai yang tak ada duit, ramai yang kosong.

“Kami bukan minta keluar semua. Kalau kerajaan benar-benar nak tolong, buatlah dengan ikhlas. Buat macam ini (FSA2) macam tak mahu tolong,” katanya.

Semak Juga: Bantuan Aidilfitri RM300 – Bayaran Kini Dalam Proses Pengkreditan

Mohon di sini: Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia

Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Shashi Kumar berkata, inisiatif FSA2 bukan bantuan tetapi bersifat pinjaman yang dikenakan faedah sedangkan majoriti pencarum yang memerlukan bantuan berkenaan sudah tidak bekerja malah ada yang disenarai hitamkan.

Katanya, pihak bank sebagai sebuah institusi kewangan sudah tentu tidak meluluskan permohonan golongan berkenaan walhal merekalah yang betul-betul memerlukan.

“Ada (pencarum) yang hadir hari ini ada duit RM70,000 dalam akaun dua tetapi tak lulus sebab disenarai hitam. Mereka tiada duit, tiada pekerjaan jadi ramai yang kena tolak permohonan mereka.

“Kita dah cakap sejak pandemik ramai yang hilang kerja, kos sara hidup pula tinggi sangat. Ada yang berada di sini sampai kena halau dari rumah,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu mencari mekanisme baharu yang lebih baik untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit ketika ini.

Ini kerana, ramai daripada golongan yang terdesak memang tidak layak memohon apa saja kemudahan kredit termasuk FSA2 kerana ia bersifat pinjaman peribadi dan pihak bank sudah pasti tidak mahu menanggung risiko kerugian.

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Leave a Comment