Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300

Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300

Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300 – Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan pengagihan sejumlah RM100 selama 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.

Program PRIHATIN Kasih merupakan program perintis yang dilaksanakan bagi memberi bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai melalui MyKad.

Yayasan MyKasih
Merupakan NGO tempatan yang ditubuhkan pada 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isteri Puan Sri Jean dalam misi membantu keluarga dan pelajar miskin.

Yayasan MyKasih disokong penuh oleh Penderma Korporat serta individu, yang seratus peratus yakin sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang disasarkan dengan selamat, cekap dan telus.

Penderma akan meluluskan keluarga terpilih, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan tanpa tunai.

Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300
Penerima bantuan ini akan mendapat elaun bulanan yang mereka dapat apabila menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit terpilih.

MyKasih mempunyai lebih 250 rakan kongsi runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya bebas dan pasar mini.

Mereka yang terpilih boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mee, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Cara Daftar Bantuan PRIHATIN Kasih
Penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk laman web di pautan berikut: www.jkm.gov.my

Cara Semak Bantuan Barang Dapur (MyKasih)
Semakan bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

1) Semakan Melalui SMS:

Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.

Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

2) Semakan Atas Talian (Online)

Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/

Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS

Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300
Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX

Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.

Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi;

http://www.mykasih.com.my/

BACA JUGA INFO: TERKINI : Perbincangan Pengeluaran KWSP 2.0 Dapat Maklum Balas Yang Positif ~ Tuntutan Akan Berjaya!

Bantuan Barang Dapur

Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300 Bantuan Barang Dapur

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – Untuk Semua Rakyat Malaysia Bantuan Barang Dapur RM300

Leave a Comment